Bercinta selepas berkahwin.

Assalamualaikum reader :)
Petang nie hujan aite? Agaknya awan tuh menangis kot sebab matahari marah kat awan. Takpe-takpe. Nanti mesty pelangi datang lepas hujan. Kan? kan? *merapus* . Harhar. Okay. Pada entry kali nih aku just nak share cerita. Cerita nih pun aku just copy dari blog someone. Cerita nih memang best. Read this guys and enjoy it :)



Bila aku teringat balik cerita ni. Aku mesti tergelak sorang-sorang.


Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah berkahwin dengan sorang mamat ni. Entah dari mana datangnya. Mak aku yang suruh aku kahwin. Dia kata budak ni baik lah alim lah pandai lah. Lepastu kami terus kahwin.

Masa first kahwin tu, memang kucar kacir jugak lah rumah tangga kami. Dan yang paling aku tak tahan, dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eeeeee, geramnya aku!


Mana taknya, aku basuh baju dia sekalilah dengan baju aku. Lepas basuh, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haih, memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi! Then bila aku tanya dia kenapa tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna, dia dengan selambanya jawab

"Lah. . Awat tak tanya. ."

Eeeeee, geramnya aku!


Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut jelah. Weekend lah katakan. Lepastu nak dijadikan cerita, dia punyalah eksaited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang jea, HILANG!

Aku cari dekat-dekat area situ. Kot kot ada ke, tapi hampehhhh -____- . Aku try ah call dia. Tapi tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh, tension betul! Then, aku ambik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit.. Dua minit.. lepastu SEJAM KOT! Memang sakit hati betul! Bila dia mai dekat kereta, aku tanye, pergi mana? Kenapa tak angkat call? Yang aku tak tahan dia dengan selamba badaknya jawab.

"Lah. Pergi shopping lah sayang. Oh, ada call eh? Alah, lupa nak bagi tahu. Terlupa bawak handphone. Hehe"

Eeeeee, geramnya aku!


Seminggu lepas tu, dia kata dia teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Aku masak ah. Aku ni memanglah tak pandai masak sangat. Tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first dia suap kat mulut tu, aku ingat dia nak kata apa-apa. Tapi anggapan aku meleset. Dia diam je. Memang tak kata apa-apa sampai lah dia habis makan.

Aku pun naik confius. Dia tak respond pun. Sedap ke tidak? Hmm. Kalau ikut aku lah, aku rasa okay je. Tapi tak tahu lah orang yang makan nak kata apa.


Esok pulak, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku pulak buat hal. Tak boleh start. Panik jugaklah aku time tuh sebab dah malam dah ni, nak masuk Isyak. Haih, time aku balik kerja lewat-lewatlah kereta nak buat hal. So, aku call dia.. Yang aku tak boleh tahan tu, dia dengan selamba kata..

"Lah awat lah call saya. Call lah mekanik. Ingat call saya kereta boleh jalan?"

Eeeeee, geramnya aku!


Tapi dia mai jugak lepas tuu. Dia check apa entah dekat depan bonet tuu dan terus boleh start. Hmm, dalam hati aku kata, "boleh tahan jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free"


Satu hari, dia ada bagitahu yang dia kena pergi outstation overseas. Diakata pergi sekejap jee. 2 minggu! Hmm, aku memang no comment. Dia nak pergi buat kerja, takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek, busylah kot. Tapi memang agak sakit hati jugak. Lepas naik flight tu, dia langsung tak call! Kot-kot lah nak bagi emel ke, tapi memang tak ada. Kosong inbox!

Eeeeee, geramnya aku!


Pagi tuu aku basuh baju. Okay, sekarang aku dah tahu mana baju yang turun warna. Aku ambik satu persatu baju dalam bakul. Sampai laa aku jumpa satu bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuu. Bersama surat.

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku,

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah. Hehe. Saya bukannya apa, saja tulis surat ni. Bosan. Tak tahu nak buat apa. Hihi.

Pertama sekali, saya nak bagitahu mungkin awak tak kenal saya. Tapi saya kenal awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot! Haha. Eh, awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang beraya kat umah awak masa tu? Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah. Haha. Memang sangat lucu. Saya nampak awak macam 'anak patung'. Comel sangat! ><

Ish, awak ni tak perasan ke?


Keduanya, sorrylah pasal hal shopping tu. Memang saja saya tak bawak handphone masa tu. Takut terkantoi. Yelah, saya pergi cari baju awak. Ingat tak baju yang awak kata terkena warna tu? Huh, memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut laa mahal dan memang patut laa awak bengang satu hari.

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak. Hmm, mesti awak bengang kan sebab saya tak respond? sebab SEDAPPP SANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat umah kita.

Ish, awak ni tak perasan ke?


Keempatnya, masa kereta awak rosak. Hmm, awak tahu tak saya CANCEL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi dekat awak? Lepastu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tahu tak saya langgar semua traffic light merah! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak.

Ish, awak ni tak perasan ke?


Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation dekat overseas, saya lagi seronok. Sebab saya tahu awak mesti rindu kat saya kan? kan? Saya memang sengaja tak call awak. Hihi. Tapi saya okay je. Saya rasa saya dah sampai kot masa awak baca surat ni.

"Woww, look at the Eiffel Tower! Fuyoo! Cantik kut."
Hahahahahahahahaha. Jangan jealous.. ^^

Last but not least. Awak, jangan nakal-nakal eh sebab saya sayaaaaaaaang awak 



P/S : Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu "bungkusan" ni.

Love,
Suamimu   


Ya Allah, sweeeeeeet sangat cerita ni kan? kan? Hihi ♥.
Okbai reader :)
Assalamualaikum ^^




Okeyy sudahh . Hihi